30 November 2016 - 11:58
Timbalan Menteri Luar Negara Rusia Bertemu Duta Besar Syria Di Moscow Bincang Situasi Di Aleppo.

Menurut Kementerian Luar Rusia, Timbalan Menteri Luar Rusia dan Duta Besar Syria di Moscow telah berbincang berkaitan dengan situasi di timur Aleppo termasuk mencari kaedah berkesan untuk memberikan bantuan kepada rakyat awam yang terkesan daripada keadaan di sana.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Kementerian Luar Rusia, Timbalan Menteri Luar Rusia dan Duta Besar Syria di Moscow telah bertemu dan berbincang berkaitan dengan situasi di timur Aleppo termasuk mencari kaedah efektif untuk memberikan bantuan kepada rakyat awam yang terkesan daripada keadaan di sana.

Menurut kementerian itu, Mikhail Bogdanov dan Duta Besar Syria ke Rusia telah bertemu di Moscow pada hari Selasa untuk berbincang berkaitan situasi di timur Aleppo sambil mencari solusi di dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada orang awam di sana.

Semasa perbincangan tersebut, kedua-dua pihak saling bertukar pendapat berkaitan perkembangan situasi politik-ketenteraan dan kemanusiaan di Syria. Perhatian yang khas diberikan kepada situasi di timur Aleppo khususnya berkaitan dengan operasi basmi keganasan yang dilancarkan oleh tentera Syria sambil memfokuskan ke atas keperluan memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat awam," baca kenyataan kementerian itu.

Situasi di Aleppo khususnya di timur bandar itu telah terjejas teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ribuan penduduk awam dipercayai terperangkap di dalam kawasan yang dikuasai pengganas tanpa sebarang akses kepada air dan makanan. Terdapat beberapa percubaan untuk mewujudkan gencatan senjata, tetapi semuanya gagal untuk terealisasi.

Terkini Di Aleppo

Pusat Pendamaian Semula milik Rusia pada hari Isnin berkata bahawa tentera Syria telah berjaya mewujudkan kawalan penuh ke atas 12 daerah di bahagian timur Aleppo sekaligus membebaskan hampir 40% daripada kawasan yang sebelumnya dikuasai pengganas.